Pergh! Dahsyat Giler Wedding Reception Sultan Muhammad V & Oksana Voevodina


Sultan Muhammad V bersama isteri, Oksana Voevodina


By Syafiqah Azman

Pada Disember lalu, kecoh satu negara apabila berita mengenai Sultan Muhammad V (YDPA ketika itu) sudah pun bernikah dengan seorang wanita kelahiran Rusia, Oksana Voevodina. 


Bagaimanapun, semalam sekali lagi kecoh apabila seorang jurugambar Rusia, Maxkoliberdin memuat naik beberapa foto menunjukkan majlis persandingan gah pasangan diraja tersebut di Rusia tahun lalu. 


Sementara itu, di laman sosial Twitter, beberapa pengguna telah memuat naik satu video rasmi perkahwinan Sultan Muhammad V dan juga Ratu Cantik Russia tersebut. Difahamkan, video tersebut di muat naik melalui satu laman sesawang, premia.event.ru

Memang betul-betul wedding of the year! Video berdurasi dua minit lebih tersebut menunjukkan segalanya dari segi rekaan dewan perkahwinan, pelamin serta persembahan yang ditunjukkan ketika majlis tersebut. 

Dah macam orkestra dan juga pertunjukkan teater pun ada! Dengan persembahan tarian seperti anda berada di pertunjukkan ‘European Circus’. Memang gempak habis!


Pelamin yang penuh dengan bunga segar seolah-olah seperti dalam taman bunga kayangan. Tambah pula dengan pengantin yang kelihatan anggun seperti patung ‘Barbie’.   

Tetapi apa yang menarik perhatian adalah apabila, Sultan Muhammad V masih lagi mengekalkan gaya Melayu dengan memakai pakaian tradisional baju Melayu teluk belanga. 

Nampak macam tak kena bukan? Dalam majlis persandingan penuh moden dan dikelilingi dengan gaya Barat Eropah, tiba-tiba pengantin menggayakan baju Melayu? Mungkin Sultan Muhammad V ingin menunjukkan tradisi orang Melayu? Mungkin. 

Tetapi apa pun, video perkahwinan kali ini merupakan salah satu ‘wedding of the year’. Masing-masing dah boleh lupakan selebriti kegemaran anda punya majlis ya! Sebab yang ini memang tiada tandingannya! 

Dalam pada masa yang sama, tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak keluarga diraja atau istana tersebut mengenai perkahwinan Sultan Muhammad V. Sama-sama kita tunggu ya?