Noryn Aziz Hilang Suara Gara-Gara Stress


Noryn Aziz berehat 'suara'


By Syafiqah Azman

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi konsert gabungan tiga suara berbeza dan unik iaitu konsert Soul Sisters bakal diadakan di Panggung Sari Istana Budaya. Sudah bersediakah penyanyi-penyanyi kita ni? 

BACA:  Soul Sisters Ada Kejutan Buat Peminat? 

Dengar cerita salah seorang dari penyanyi tersebut kehilangan suara? Betul ke?  

Team Youth Connect berkesempatan untuk menemu bual penyanyi, Noryn Aziz semalam ketika mereka sedang membuat latihan vokal di Sound Innovations studio semalam. 


“Kita semua bekerja keras buat konsert kali ini dan banyak latihan vokal yang telah dilakukan sepanjang satu bulan ini. Dua hari yang lalu Kak Noryn (panggilan Noryn) macam hilang suara,” jelas Noryn sendiri. 

Tambahnya, dia yang selama ini bertungkus lumus dalam memastikan vokalnya sempurna telah berjumpa dengan doktor mengenai kesihatannya itu. 

“Doktor cakap terlampau stress dan bekerja kuat sangat selama sebulan ini. Jadi Kak Noryn pun tengah ambil masa rehat dan kurangkan bercakap.” 

Sementara itu, Noryn turut menjelaskan bahawa dia sedang mengikut nasihat doktor supaya tidak terlampau stress dan berehat secukupnya serta mengambil ubat yang telah diberikan. 


Konsert Soul Sisters ini merupakan konsert pertama Noryn di Istana Budaya bersama dengan dua penyanyi hebat yang lain iaitu Misha Omar dan Siti Sarah. 


Dalam pada masa yang sama, Noryn turut berkongsi single terbarunya duet bersama penyanyi rap, Waris berjudul Pulang Merantau yang baru sahaja keluar pada bulan Mac lalu di semua platform digital seperti Spotify dan YouTube. 

Kalau anda nak tahu, lagu ini merupakan lagu lama tahun 1960-an tapi sudah di gubah menjadi gaya Minang dan Nogori Sembilan. Memang lain daripada lagunya yang asal. Kedengaran ‘fresh’ dan sesuai untuk didengari oleh generasi sekarang. 

Ha jangan lupa dengar okay! 

Apa pun, semoga kesihatan Noryn kembali pulih dan dapat membuat persembahan terbaik pada malam konsert tersebut. 

Pada mereka yang masih belum membeli tiket buat konsert Soul Sisters pada 5 dan 6 April ini, anda boleh dapatkan tiket di www.airasiaredtix.com dan dapatkan tiket dengan harga dari RM155 sehingga RM755!