Remaja bunuh diri akibat dilarang main League of Legends


Cheng dan League of Legends - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Ibu bapa mana yang tidak memarahi anaknya jika banyak menghabiskan masa dengan bermain game. Kebanyakkan mereka pasti akan menegur, kan?

Tapi itulah, sebagai ibu bapa, mereka menegur untuk kebaikan anak tetapi tidak tercapai dek akal sehingga anak tersebut membunuh diri gara-gara ditegur.

Itulah yang terjadi pada sebuah keluarga di Taiwan.

Remaja berusia 15 tahun itu membunuh diri pada hari jadinya selepas bapanya memarahinya akibat asyik bermain game League of Legends.

Remaja yang bernama Cheng itu dikatakan bakal menghadapi peperiksaan beberapa hari saja lagi.

Bapanya memarahi anaknya selepas melihat anaknya kusyuk bermain game lantas menutup komputer dan terus keluar dari bilik anaknya.

Kita faham, mestilah Cheng tu marah kan? Tapi kemarahan Cheng tidak hanya tamat disitu.

Cheng bertindak luar jangkaan apabila membuat keputusan untuk terjun dari tingkat tiga biliknya.

Bertambah malang apabila remaja ini hanya dijumpai pada sebelah malam apabila datuknya pulang ke rumah dan melihat cucunya terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala.

Remaja tersebut terus dikejarkan ke hospital. Namun, Cheng telah disahkan mati.



Dikhabarkan Cheng seorang pelajar cemerlang yang ceria, ambil berat dan optimisitik.

Cheng dikatakan tertekan dengan persediaan peperiksaannya dan bermain game hanya untuk melepaskan stress.

Siang sebelum kejadian, Cheng dan rakan-rakannya keluar untuk meraikan hari jadinya dan menyambut bersama keluarga pada sebelah petang.

Pihak berkuasa telah menemui nota dari Cheng yang mengatakan dia impikan kebebasan seperti burung dan sebab itulah dia selalu rasa ingin bunuh diri.