Nabila Huda Sah Keguguran


Nabila Huda sah alami keguguran


By Syafiqah Azman

Setelah hampir empat tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami tercinta, keinginan aktres Nabila Huda untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian apabila kandungannya mengalami keguguran semalam. 

Pelakon filem popular Makrifat Cinta, Nabila Huda yang baru sahaja merangkul anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem Festival Malaysia ke-30 (FFM30) pada Ahad lalu memberitahu bahawa dia telah pun keguguran anak keduanya. 


“Masa Abil (panggilan Nabila) tahu positif, Abil teruja nak beritahu anda semua, tapi nak surprise lambat sikit,” tulisnya menerusi kapsyen video tersebut di akaun Instagramnya. 

Video yang ditujukan khusus buat puterinya, Keisha mengenai berita kehamilannya itu tampak menyentuh hati. Luluh hati rasanya bila dapat tahu hajat seorang ibu untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian. 

“Saya telah menunggu hampir empat tahun, tapi sayang, saya mengalami pendarahan yang teruk sehingga hari ini…dan dapat tahu bahawa kandungan tersebut tiada lagi,” tambahnya lagi. 

Nabila turut berkongsi rasa sedih dan sebak apabila mendapat tahu mengenai berita tersebut. Namun, dia menyatakan dia mempunyai sokongan yang kuat dari suami tercinta, Mohd Izwan Johar dan anak perempuannya, Keisha Laila. 


Tetapi Nabila yang dikenali dengan sikap positif, menyatakan bahawa dia reda dengan perkara tersebut kerana ia merupakan ketentuan Allah SWT. 

Wanita mana sahaja yang tidak sedih bukan bila dapat tahu perkara sebegini? Semoga Nabila terus kuat dan kembali cepat sembuh. 

Nabila dan suami, Izwan Johar mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. 

Anak kepada legenda Rock negara, Amy Search ini mempunyai anak perempuan, Keisha Laila, 9, hasil daripada perkahwinannya sebelum ini. 

Apa pun doakan yang terbaik buat pelakon hebat ini dan semoga kesihatan Nabila kembali pulih. Insya Allah.