Lelaki temui ajal apabila dihempap tayar treler yang tercabut


Tangkapan skrin daripada video


By Nadhirah Sofea Rashid

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sesuai seorang lelaki yang maut dihempap tayar treler yang tercabut.

Menurut sumber, mangsa yang menunggang motosikal dekat lebuhraya Seremban menghala ke Port Dickson jatuh akibat dilempar tayar lori yang tercabut.

Hasil daripada rakaman video, mangsa dilihat sedang membawa motor dalam keadaan biasa sebelum jatuh terpelanting dilempar tayar treler.

Mangsa kemudiannya meninggal dunia di tempat kejadian.


Bayangkanlah tayar lori yang besar, tebal dan panas itu menghempap diri seseorang.

Rakaman video daripada netizen seperti dibawah:

Kata orang, sudah suratan takdir tapi walau bagaimanapun pemilik lori yang bertanggungjawab haruslah memeriksa keadaan lori mereka.

Akibat kecuaian, pihak lain pula yang menerima padah.