Polis trafik dirempuh pemandu ketika buat kawalan lintas


Polis trafik dirempuh pemandu


By Nadhirah Sofea Rashid

Banyak risiko sebenarnya yang perlu dihadapi oleh seorang polis trafik.

Nak pastikan pengguna jalan raya patuh undang-undang, nak kawal trafik lagi. Haa tahu-tahu jela trafik dekat Kuala Lumpur tu macam mana.

Itu belum lagi risiko dilanggar macam seorang polis trafik yang baru-baru ini dirempuh sebuah kereta ketika sedang melakukan kawalan lintas.

Sedang beliau mengawal trafik, sebuah kenderaan sedan yang sepatutnya membelok ke kanan terus merempuh polis tersebut.

Bayangkanlah, kereta tengah laju lepas tu langgar orang, tak ke teruk tu?

Nasib baik polis trafik tu selamat. 

Sejurus dirempus, polis tersebut terus bangun dan pergi ke arah lebih selamat.

Hasil daripada video itu kejadian tersebut terjadi di Dataran Merdeka.

Lihat video dibawah:

Mujur tiada siapa yang terkorban dalam kemalangan ini.

Kebanyakkan netizen mengecam tindakan pemandu yang merempuh polis yang hanya menjalankan tugas.

Namun yang demikian, harus kita ingat bukanlah niat dirinya untuk merempuh polis tersebut tanpa sebarang sebab.

Oleh itu, pastikan kalian fokus dan patuh dengan segala arahan di jalan raya!