PU Amin Bersuara Bila Heliza Dikecam Netizen Kerana Mahu Mati Syahid


Isu Heliza Helmi impi mati syahid, PU Amin beri penjelasan


By Syafiqah Azman

Gara-gara mengeluarkan kenyataan secara terbuka untuk mati dalam keadaan syahid , penyanyi dan juga pelakon, Heliza Helmi telah menerima pelbagai kecaman daripada netizen. 

Dalam laporan  Astro Awani pada Rabu lalu,  bekas bintang F yang juga pelakon filem Syurga Cinta ini mengimpikan mati syahid ketika melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di Syria. 


Rata-rata netizen mengkritik kenyataan Heliza tersebut dengan menyatakan bahawa bukan semudah itu untuk seseorang masuk ke syurga dan mengimpikan untuk mati syahid dengan cara tersebut  adalah salah sama sekali. 

Kenyataan Heliza itu turut menarik perhatian, Pencetus Umah (PU) Amin untuk menyuarakan  mengenai isu tersebut dengan menyatakan bahawa perkara ini perlu dilihat secara lebih mendalam dan jelas. 

Menerusi mStar online, PU Amin menjelaskan bahawa heliza  bukan sahaja harus memahami maksud mati syahid malah dia juga seharusnya mematuhi segala langkah keselamatan yang ditetapkan supaya tidak mendedahkan diri daripada ancaman pihak musuh. 

“Janganlah mengorbankan diri secara sengaja dengan tidak mengikut prosuder keselamatan yang betul, semata-mata ingin mencapai hasrat mati syahid,” jelas PU Amin. 


Jelas PU Amin lagi, sekiranya Heliza sendiri terlibat dalam kemalangan yang tidak dirancang dan takdir menyebabkan penyanyi tersebut meninggal dunia, maka matinya Insya Allah berada di jalan Allah SWT. 


Betul tu, ingat semudah itu ke boleh mati syahid? Tidak ya. 

Apa pun, janganlah sesetengah netizen mengeluarkan kata-kata kesat mengenai kenyataan Heliza hanya kerana anda tidak setuju. Cuba sampaikan dengan cara yang elok dan sopan. 

Heliza merupakan salah seorang selebriti yang kuat memperjuangkan isu ummah terutama sekali di negara Syria. Bukan itu sahaja, malah Heliza turut merupakan seorang duta Aman Palestin kerana sikapnya yang tidak putus asa memperjuangkan hak-hak rakyat Syria dan orang Islam. 

Alhamdulilah, semoga Allah SWT sentiasa melindungi Heliza dan merahmatinya sentiasa. Insya Allah.